Pohon Derhaka

13 03 2009

Dahulu kala ditahun 70an disebuah negeri yang mashur dengan hasil bumi terdapat seorang Bendahara yang enggan meletakkan jawatan sebagai Bendahara apabila diarahkan oleh Sultan. Akhirnya Baginda Sultan bernazar tidak mencukur janggut dan jambang selagi Bendahara tersebut tidak meletak jawatan. Diabad ke-21 sejarah berulang kembali. Soalanya:

i) Negeri manakah yang dimaksudkan?
ii) Siapakah Bendahara tersebut?
iii) Siapakah Baginda Sultan tersebut?
iv) Berapa lamakah baginda bernazar sedemikian?
vi) Diabad ke-21, siapakah Bendahara dan Sultan tersebut?

Advertisements




Gaji Pengerusi SYABAS

13 03 2009

Jika Gaji Pengerusi Syabas Bernama Tan Sri Sipolan bin Sipolan ialah RM425,000 sebulan,

1) Berapa gaji Tan Sri:
i) Satu hari
ii) Satu jam
iii) Satu minit
iv) Satu tahun

2) Berapa orang yang boleh dibayar jika:
iv) Ahli Parlimen yang boleh dibayar sebulan? (RM 12,500 setiap orang)
vi) Anggota Polis yang boleh dibayar? (RM1,000 setiap orang)

3) Berapa buah rumah yang boleh ditanggung jika:
i) Kos bil air RM100 sebulan
ii) Kos bil air RM50 sebulan

Jawapan:

1.i) RM 14,166
ii) RM 1,770
iii) RM 29.51
iv) RM 5.1 Juta

2.i) 34 orang
ii) 425 orang

3.i) 4,259 rumah
ii) 8,500 rumah